suria

Enggan terlepas konvokesyen online, graduan siap berjubah rela daki bukit bersama keluarga

momon-konvo

JIKA di Sabah, penuntut wanita sebuah universiti memanjat pokok untuk mendapatkan signal internet bagi menjawab soalan peperiksaan dalam talian, namun lain pula ceritanya di Indonesia.

Ahmad Krismon yang juga penuntut Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Bukit Tinggi, Sumatera Barat melalui perjalanan dua kilometer untuk mengikuti sidang konvokesyennya.

Pemuda berusia 22 tahun itu menaiki motosikal untuk mendapatkan isyarat di kawatan tanah tinggi di Sungai Betung, Nagari atau Desa Pasia Laweh, Kacamatan Palupuh, Agam di Sumbar.

"Hari ini konvokesyen yang dilalukan secara dalam talian dan saya terpaksa naik bukit untuk dapatkan signal bagi mengikuti proses itu," kata pemuda yang lebih mesra disapa Momon itu.

Menurut graduan jurusan Perbankan Syariah institut itu, untuk mendaki bukit pula dia perlu berjalan sejauh kira-kira 200 meter.

Momon turut memakai lengkap jubah graduasi yang menjadi kebanggaan dirinya, lebih-lebih lagi apabila upacara bersejarah itu turut disaksikan ahli keluarganya.

"Tentu sekali gembira kerana ia tanda kita telah lulus dan selesai pengajian," katanya yang turut membawa ibu bapa serta adik beradiknya yang lain naik ke bukit di hari graduasinya itu.

Akur dengan sidang graduasi dalam talian kerana pandemik Covid-19, Momon berkata, ia sesuatu yang terpaksa untuk kebaikan semua. Kompas.com

Momon, Bukit Tinggi, syariah, IAIN

Artikel Lain