suria

Jangan memandai-mandai buat cerita... Menyusu bayi masih selamat biarpun ibu positif Covid-19

UNICEF tolak dakwaan susu ibu mampu tularkan wabak Covid-19. — AGENSI.

TABUNG Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) menolak dakwaan bahawa penyusuan susu ibu dapat merebakkan wabak Covid-19.

Bercakap kepada Anadolu Agency pada Minggu Penyusuan Sedunia, pegawai UNICEF di Turki berkata bahawa tindakan bagi penyusuan susu ibu adalah selamat meskipun ibu terbabit disyaki atau disahkan positif Covid-19.

Kata pegawai yang enggan dikenali itu, kaum wanita yang sedang menyusukan bayi juga dibenarkan mengambil vaksin seperti disarankan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia.

"Manfaat penyusuan susu jauh lebih baik berbanding risiko yang berkaitan dengan virus, " kata mereka.

ARTIKEL BERKAITAN: ‘Derita’ ibu Covid-19! Tiada ciuman, belaian... jururawat di wad ICU kongsi momen betapa sedihnya pesakit terpisah dengan bayi selepas bersalin

ARTIKEL BERKAITAN: Tak sanggup lihat punggung bayi melecet kerana lampin pakai buang, elak lakukan 5 perkara ini!

UNICEF Turki turut menyeru para majikan untuk menerapkan dasar mesra keluarga dengan menyokong para ibu termasuk memberi masa dan ruang dan sokong bagi menyusukan anak.

[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]

Mereka juga meminta supaya majikan memberikan sekurang-kurangnya 18 minggu cuti bersalin berbayar.

“Penyusuan susu ibu memberi permulaan yang terbaik dalam hidup anak-anak. Ini adalah sumber pemakanan terbaik bayi serta meningkatkan perkembangan otak dengan manfaat seumur hidup bagi bayi, ”kata para pegawai berkenaan.

Pakar berkata, permulaan awal penyusuan bermula pada jam pertama kelahiran bayi, penyusuan eksklusif (antara 0 hingga 5 bulan), dan penyusuan berterusan (dari 6 hingga 23 bulan), yang mana langkah-langkah terbabit penting bagi mencukupkan zat makanan bayi.

Nak tengok ke posting kelakar dan macam-macam komen? Follow kami di Instagram!

susu ibu, virus, Covid-19

Artikel Lain