UNTUK mencari hala tujuan sebenar dan kepuasan dalam kehidupan mungkin agak sukar bagi kebanyakkan orang. Bagaimanapun tidak bagi seorang pengguna pereka game, Max Krieger yang mempunyai cara luar biasa, merakam lokasi ‘rare’ restoran makanan segera, McDonald di seluruh dunia. Krieger, 28, menghabiskan masanya lebih setahun untuk ‘menjelajah ke alam’ internet bagi mencari gambar lokasi McDonald yang menggunakan tema yang menarik sebelum berkongsikan di laman sosial Twitter miliknya. Projek dilakukannya dinamakan sebagai Nonstandard McDonald bagi meraikan keunikan tema digunakan restoran jenama antarabangsa itu. Ada sesetengah restoran sudah pun dirobohkan atau pun diubahsuai semula seperti McDonald berbentuk UFO di England dan ada antaranya masih lagi beroperasi. Tahun depan, Krieger bercadang untuk menyerlahkan projeknya itu dengan mengeluarkan dokumentari dan bagi mengelak sebarang isu perundangan dengan McDonald, hasilnya itu akan dibuat secara percuma. “Saya fikir jika mereka mahu menyekat saya, mereka sudah pun melakukannya,” kata Krieger. Nonstandard McDonald akan menjadi satu nostalgia dengan setiap muat naik dipenuhi pengguna lain yang berkongsi memori ketika berada di lokasi berkaitan, sama ada pengalaman buruk atau pun manis. “Untuk melihat orang kembali menghargai sesuatu yang mereka sudah lupakan pastinya akan menghadirkan rasa puas. “Dengan bahan yang dimuatkan secara atas talian, ia seperti menjadikan emosi sebagai sesuatu yang positif,” katanya. – npr.org[Sertai fan club Telegram mStar Rojer. Kita boleh borak-borak DI SINI]