suria

Doktor kumpul bunga majlis perkahwinan, dijadikan hadiah buat pesakit

BUNGA-BUNGA yang akan diberikan kepada pesakit hospital di Virginia, AS. —Agensi

SEORANG doktor di Virginia, Amerika Syarikat (AS) menemui cara unik bagi menghidupkan suasana d hospital.

Eleanor Love, 27, muncul dengan idea untuk The Simple Sunflower – sebuah projek yang mengumpulkan karangan bunga daripada majlis perkahwinan untuk diberi kepada pesakit hospital.

Idea itu muncul ketika beliau masih lagi berstatus pelajar perubatan di Virginia Commonwealth University pada 2019.

“Saya mendapat inspirasi melalui putaran klinikal ketika menjadi pelajar bagi memberi semangat kepada pesakit saya dengan cara baharu dan berbeza,” katanya.

Setelah mendapat idea itu, Love mulai menghubungi perancang perkahwinan dan sehingga kini, pasukannya dari dari VCU Medical Centre dapat memberi hampir lebih 1,000 penghantaran bunga kepada pesakit.

"Meskipun pemberian bunga itu tidak seberapa, ia boleh memberi kesan besar kepada pesakit," katanya.

Selain menjadikan momen di hospital lebih selesa, penghantaran bunga yang tidak dijangka itu dapat mengubah pengalaman pesakit di hospital serta berpotensi mengurangkan keletihan mereka.

Screenshot 2021-09-20 213249

Love bersama antara bunga gubahan dari majlis perkahwinan. —Agensi

Love berkata, momen kegemarannya adalah ketika beliau menyampaikan bunga kepada pesakit yang telah pulih daripada sakit jantung dan terlantar di hospital selama tiga minggu.

"Ketika saya memberi bunga kepadanya, dia sangat terkejut kerana kami membawa bunga itu sebagai hadiah yang tidak diketahui penghantarnya.

"Wajahnya berubah dan dia mula menangis, dia memberitahu saya mengenai kebunnya di rumah.

"Dia memberitahu saya bahawa dia telah berada di hospital selama tiga minggu dan itu adalah pengalaman yang sangat panjang dan sukar baginya. Ia (bunga) benar-benar menceriakan harinya,” katanya. — People

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

bunga, pesakit, doktor

Artikel Sebelum

Artikel Lain