suria

Jerung pun nak ‘photobomb’

KRISTINA Lowe berdepan detik mencemaskan apabila seekor jerung muncul melakukan ‘photobomb’ ketika sedang bergambar di pantai. — Agensi

SEORANG pelajar dari Florida, Amerika Syarikat berdepan detik mencemaskan apabila seekor jerung tiba-tiba muncul seolah-olah melakukan ‘photobomb’ ketika sedang bergambar di persisiran pantai Florida baru-baru ini.

Ketika kejadian, Kristina Lowe, 18, sedang bersiap sedia untuk bergambar sebelum jerung berukuran empat kaki tiba-tiba muncul.

Bagaimanapun, tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku apabila Lowe dan rakannya, Annalea Burr segera naik ke daratan.

“Ia sangat gila. Ini adalah kali pertama saya ‘jumpa’ jerung. Kawan saya sedang mengambil gambar saya di dalam air untuk dimuatnaik ke Instagram.

“Saya rasa ada sesuatu menggosok kaki saya. Saya lihat ke bawah dan ia seakan-akan ada seekor ikan besar.

“Apabila saya sedari ia jerung, saya mula berlari gara-gara panik,” kata Lowe.

Walaupun ‘terserempak’ dengan jerung, Lowe menegaskan dia tidak pernah serik untuk kembali bermain di pantai sekali lagi.

“Saya pasti akan kembali bermain air. Saya tinggal di sini sepanjang hidup saya, jadi ia tidak sesekali dapat menghalang saya.

“Semua orang bimbang tentang saya kerana situasi itu cukup menakutkan tetapi saya kini baik-baik saja,” katanya. – Daily Star

Dapatkan info dengan mudah dan pantas! Join grup Telegram mStar DI SINI

jerung, pantai, photobomb

Artikel Lain