suria

Komanwel Mahu Triti Perubahan Iklim Terikat Kepada Undang-Undang

PORT OF SPAIN: Mesyuarat Ketuaketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) 2009 bermula pada Jumaat dengan isyarat jelas akan keinginan kuat perkumpulan itu untuk melihat persidangan perubahan iklim Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB) menghasilkan satu triti, yang terikat daripada segi undang-undang.

Mereka berpendapat bahawa jika sekadar pakatan iklim yang berasaskan ikatan politik, ia tidak memadai kerana adalah sukar untuk menentukan tahap kesungguhan di kalangan negara-negara maju.

Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan pemimpin Komanwel lain bersamasama menyertai Presiden Perancis Nicolas Sarkozy, Perdana Menteri Denmark Lars Rasmussen dan Setiausaha Agung PBB Ban Kimoon pada satu sesi perbincangan mengenai perubahan iklim.

"Banyak negara anggota Komanwel, terutamanya negara-negara membangun pulau kecil menjadi mangsa perubahan iklim. Dalam pencelahan mereka, sebilangan mereka menyatakan bahawa jika pemanasan global berterusan, rangkaian kepulauan mereka pasti akan terbenam.

"Bagi mereka, ia bukan hanya sekadar masalah, ia adalah soal hidup dan mati," kata Najib kepada wartawan Malaysia pada akhir hari pertama sidang kemuncak yang dirasmikan oleh Ratu England, Ratu Elizabeth II.

Beliau berkata sama ada triti itu terikat daripada segi undang-undang dapat dicapai atau tidak, ia bergantung kepada perkembangan di Copenhagen.

"Tetapi adalah penting bagi CHOGM untuk mengeluarkan satu kenyataan tegas mengenai perkara ini," katanya.

Dijadualkan bermula pada 7 Disember, persidangan perubahan iklim di ibu kota Denmark itu bertujuan mencapai persetujuan menggantikan Protokol Kyoto 1997.

Ia akan berakhir dengan perhimpunan peringkat sidang kemuncak pada 17 dan 18 Disember.

Sarkozy telah bercakap tentang keperluan untuk mewujudkan satu badan baru, Pertubuhan Alam Sekitar Dunia, dan mempersoalkan tentang kelemahan Protokol Kyoto iaitu antaranya, ketiadaan badan pemantau bagi memastikan semua perjanjian di bawah protokol itu dilaksanakan.

Najib berkata mereka yang mengambil bahagian dalam perbahasan hari ini berpendapat negara-negara membangun, terutamanya negara-negara kepulauan kecil, seharusnya mendapat peruntukan lebih besar daripada dana yang bakal menyediakan peruntukan US$10 bilion setahun dalam tempoh tiga tahun akan datang bagi membantu negara-negara miskin memerangi pemanasan global.

Semasa perbahasan itu, pemimpin utama Malaysia berkata beliau menegaskan akan keperluan Komanwel mengambil pendirian tegas mengenai kepentingan bagi mengadakan penjanjian mengenai perubahan iklim, yang terikat daripada segi undang-undang, di Copenhagen.

"Saya juga memberitahu sesi itu bahawa negaranegara tidak harus mengenepikan komitmen mereka di bawah Protokol Kyoto kerana jika mereka berbuat demikian, akan berlakulah perlanggaran prinsip-prinsip asas," kata Najib.

Merujuk kepada dana yang dicadangkan bagi menangani pemanasan global, Perdana Menteri berkata para pentadbir dana seharusnya tidak mengenakan terlalu banyak syarat bagi negara-negara yang berminat untuk menggunakannya.

"Syaratsyarat yang dikenakan hendaklah ditetapkan pada tahap minimum. Jika tidak, ia tidak akan dapat merealisasikan tujuan untuk membantu negara kepulauan kecil serta negaranegara membangun lain," katanya.

Najib mendapati mereka yang mengambil bahagian dalam perbahasasn itu berpendapat bahawa perubahan iklim terus menimbulkan ancaman kepada negara-negara membangun terutamanya negara kepulauan kecil, yang tidak menyumbang kepada pemanasan global.

"Namun, negara kepulauan kecil inilah yang paling teruk terjejas," katanya.

Ketika merasmikan CHOGM 2009, Ratu Elizabeth II bertitah ancaman kepada alam sekitar kini merupakan cabaran global yang akan terus menjejaskan keselamatan dan kestabilan berjuta penduduk dunia dalam tahuntahun mendatang.

Baginda bertitah mereka yang terlibat merupakan golongan yang amat mudah terjejas dengan kebanyakan mereka tiada berkeupayaan untuk menghadapi kesan buruk perubahan iklim menetap di negaranegara Komanwel.

"Komanwel boleh berasa bangga dengan hakikat dalam setiap enam dekad (penubuhannya), ia telah membentuk maklum balas antarabangsa terhadap cabaran-cabaran global yang muncul.

"Dan menjelang Sidang Kemuncak Mengenai Perubahan Iklim PBB di Copenhagen, Komanwel mempunyai peluang untuk menjadi peneraju sekali lagi," titah baginda.

Dianggotai 53 negara-negara bekas jajahan British, Komanwel menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-60 tahun ini.BERNAMA

Artikel Lain