suria

Kereta Elektrik Buatan China Akan Tembusi Pasaran AS Tahun Ini

BEIJING: Firma pengeluar kereta elektrik dari Amerika Syarikat (AS) - Coda Holdings -akan mula memasarkan kereta sedan elektrik sepenuhnya yang dibina di sini ke AS pada penggal kedua tahun ini.

Firma itu dan rakan kongsinya dari China iaitu Hafei Motor juga sedang meninjau kemungkinan untuk turut memasarkan kereta buatan mereka di China, demikian kata Ketua Pegawai Eksekutif Coda, Philip Murtaugh.

Syarikat yang berpangkalan di California itu menjangkakan unjuran jualan sebanyak 10,000-14,000 kereta sedan elektrik dalam tempoh 12 bulan pertama selepas ia dilancarkan di AS dengan harga pasaran sebanyak AS$44,900 seunit.

Ia akan bersaing dengan lain-lain pengeluar kereta hibrid seperti General Motors dan Nissan Motor, yang telah pun melancarkan kereta elektrik mereka di pasaran AS.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bekas PM Turki Meninggal Dunia

Artikel Lain