suria

Dua Rakyat Malasyia Diberkas Dalam Rampasan Terbesar Dadah Di Singapura

SINGAPURA: Dua rakyat Malaysia diberkas oleh Biro Dadah Pusat (CNB) Singapura semalam dan pada Rabu berhubung penemuan 3.3 kg heroin bernilai $488,000 (RM1.18 juta), jumlah terbesar di republik itu tahun ini.

Dua motosikal milik mereka turut dirampas, demikian menurut laporan media tempatan hari ini.

Kedua-dua suspek itu diberkas secara berasingan.

Pada Rabu, pegawai-pegawai CNB di pusat pemeriksaan Woodlands menemui dua bungkusan heroin seberat 460 gram tersembunyi di ruang bateri motosikal yang dinaiki seorang lelaki berumur 27 tahun.

Semalam pula, mereka menemui enam bungkusan mengandungi 2,800 gram dadah serupa pada motosikal yang dinaiki seorang lelaki berumur 26 tahun.

Kedua-dua rakyat Malaysia yang ditahan itu adalah penganggur.

Mereka disiasat mengikut Akta Penyalahgunaan Dadah, dan jika disabit kesalahan, boleh dihukum mati. - BERNAMA

Artikel Lain