suria

Parti Pekerja Singapura Namakan Calon Untuk Dua Kerusi NCMP

SINGAPURA: Parti Pekerja menamakan Yee Jenn Jong dan Gerald Giam untuk mengisi dua kerusi Anggota Parlimen Tanpa Kawasan (NCMP) yang ditawarkan Jabatan Pilihan Raya Singapura.

Pada pilihan raya umum 7 Mei lepas, Yee, kalah dengan majoriti 382 kepada calon Parti Tindakan Rakyat (PAP) Charles Chong di kerusi anggota tunggal Joo Chiat, manakala Giam, anggota pasukannya untuk Perwakilan Kumpulan Kawasan (GRC) Kumpulan Pantai Timur memperoleh 45.17 peratus daripada undi.

Dalam kenyataan hari ini, Pengerusi Parti Sylvia Lim berkata Jawatankuasa Eksekutif Pusat membuat keputusan untuk menerima dua kerusi NCMP yang ditawarkan itu selepas membuat pertimbangan daripada banyak sudut.

Semalam parti Rakyat Singapura menamakan calonnya Lina Chiam, yang juga kalah tipis kepada PAP Sitoh Yi Pin di Potong Pasir, untuk kerusi NCMP.

Mengikut Akta Pilihan Raya Parlimen (Seksyen 52), kerusi NCMP ditawar kepada calon pembangkang terbaik yang kalah pada pilihan raya umum lepas. - BERNAMA

Artikel Lain