suria

Jumlah Kematian Serangan Berani Mati Pakistan Meningkat

PESHAWAR, Pakistan: Jumlah kematian dalam dua serangan yang menyasarkan sebuah pusat latihan polis di barat laut Pakistan telah meningkat kepada 98 orang, demikian menurut polis pada Selasa.

Pihak Taliban di Pakistan mengakui serangan oleh dua pengeboman berani mati tersebut dilakukan sebagai tindakan balas dendam atas pembunuhan Osama bin Laden pada 2 Mei lalu.

Ketua Polis Peshawar, Liaqat Ali Khan menjelaskan seramai 81 mangsa mati di tempat kejadian manakala selebihnya meninggal dunia di hospital.

Beliau juga memberitahu seramai 43 mangsa masih lagi menerima rawatan di hospital.

Jumlah kematian yang dilaporkan sebelum ini adalah seramai 89 orang. AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain