WASHINGTON: Angkatan Tentera Amerika kini mula menarik keluar sebahagian daripada bala tenteranya dari Pakistan ekoran ancaman ke atas premis dan pasukan keselamatan negara itu.Keputusan itu juga ada kaitan dengan serangan yang mereka lancarkan ke atas kediaman Osama Bin Laden pada 2 Mei lalu. Malah Kerajaan Pakistan sendiri telah meminta agar kontinjen Amerika dikurangkan sebanyak 200 anggota awal bulan ini, kata jurucakap Pentagon, Kolonel Dave Lapan.Beliau bagaimanapun tidak menyatakan berapakah jumlah keseluruhan anggota tentera yang bakal dikurangkan dari negara bergolak itu.Kebanyakan anggota tentera AS di Pakistan terdiri daripada unit komando yang melatih pasukan tentera Pakistan menghadapi gerila dan puak Taliban.