suria

Enam Terbunuh Puting Beliung Landa AS

Serpihan rumah yang dilanda puting beliung dekat Oklahoma, AS.
Serpihan rumah yang dilanda puting beliung dekat Oklahoma, AS.
Serpihan rumah yang dilanda puting beliung dekat Oklahoma, AS.

EL RENO, Oklahoma: Ribut petir dahsyat yang melanda wilayah Oklahoma dan Kansas, Amerika Syarikat (AS)pada Selasa menyebabkan enam terbunuh.

Seperti yang dijangkakan ramalan cuaca, ribut itu melanda dua hari selepas kejadian puting beliung dasyat memusnahkan kawasan barat daya negeri Missouri dan meragut nyawa 22 orang penduduk.

Beberapa kejadian puting beliung melanda Oklahoma City dan kawasan subbandarnya pada waktu kemuncak dan mengorbankan sekurang-kurangnya empat orang dan mencederakan 60 yang lain termasuk tiga kanak-kanak yang cedera parah, demikian menurut pihak berkuasa.

Jurucakap unit Pemeriksaan Perubatan Negeri, Cherokee Ballard, berkata empat orang korban di Oklahoma City dekat Canadian County dalam puting beliung yang berkelajuan 243 kilometer sejam itu namun beliau tidak mempunyai butiran lanjut mengenai mangsa.

Manakala di Kansas pula pihak polis memberitahu dua orang mati di pekan St.John setelah sebatang pokok terbang dibawa angin ribut menghempap van yang dinaiki mereka pada pukul 6 petang dan sebuah lebuh raya ditutup kerana kemusnahan yang berlaku.

Lebih banyak cuaca buruk dijangkakan akan berlaku selepas kejadian petang semalam dengan puting beliung bergerak ke arah timur.

"Malangnya, kejadian ini mungkin akan berterusan untuk beberapa lama lagi dan saya menyeru penduduk Oklahoma supaya mengikuti laporan keadaan cuaca dan mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan keselamatan mereka," kata Gabenor negeri Oklahoma, Mary fallin.

Michelann Ooten, jurucakap bagi Jabatan Pengurusan Kecemasan Oklahoma mengatakan sekurang-kurangnya 600 orang tercedera dalam bencana itu.

Pada hari kejadian, para pekerja di Oklahoma dibenarkan pulang lebih awal untuk mengambil langkah menyelamatkan diri.

Ribut petir dan puting beliung juga melanda utara Texas bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan. -AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain