CHARALLAVE: Sekurang-kurangnya seorang konduktor terbunuh dan 30 lagi cedera apabila dua buah kereta api berlanggar di pinggir bandar Caracasa pada Khamis.Timbalan Menteri Kehakiman, Nestor Reverol berkata, insiden berlaku di sebuah terowong di laluan antara Caracas dan pinggir bandar Los Valles del Tuy. Menurutnya, seorang konduktor maut akibat cedera parah manakala yang lainya dipercayai hanya cedera ringan. –AFP