suria

Enam Suspek Cuba Bunuh Presiden Afghanistan Ditahan

KABUL: Enam suspek ditahan selepas rancangan untuk membunuh Presiden Afghanistan Hamid Karzai digagalkan, kata Kementerian Dalam Negeri pada Khamis.

Jurucakap kementerian tersebut, Siddiq Siddiqui berkata, agensi perisikan Afghanistan memberkas enam orang yang dikaitkan dengan cubaan membunuh presiden negara ini.

Laporan mengenai penahanan itu disiarkan ekoran beberapa siri pembunuhan sekutu utama Karzai.

Pada 20 September lalu, utusan khas keamanan, Burhanuddin Rabbani, yang juga bekas Presiden Afghanistan, terbunuh dalam serangan pengebom berani mati di rumahnya di Kabul, sekali gus menjejaskan strategi Karzai untuk berunding dengan Taliban. – AFP

Artikel Sebelum

Artikel Lain