KAHERAH: Timbalan Perdana Menteri Mesir, Hazem al-Beblawi meletak jawatan pada Selasa ekoran konflik antara agama yang makin meruncing.Perletakan jawatan itu sekali gus memperlihatkan pentadbiran yang tidak kukuh selepas penggulingan bekas Presiden Mubarak Hosni pada Februari lalu. Hazem mengumumkan peletakan jawatannya sambil menjelaskan beliau tidak terlibat dengan pertempuran tersebut namun sebagai orang penting kerajaan, beliau bersedia untuk mengundur diri agar keadaan tidak menjadi semakin tegang.Ahad lalu, seramai 25 penunjuk perasaan yang terdiri daripada penganut Kristian Koptik maut dan 300 cedera apabila protes yang dianjurkan diserang pasukan tentera. –AFP