suria

Tiga Mangsa Terperangkap Dalam Gua Akibat Tanah Runtuh

MADRID: Kenyataan rasmi kerajaan Sepanyol pada Jumaat berkata tiga mangsa yang menetap di dalam gua di kawasan lereng bukit-bukau terperangkap akibat kejadian tanah runtuh di bahagian tenggara negara itu.

Pegawai Kementerian Dalam Negeri di Almeria, Paco Jerez berkata kejadian yang berlaku pada dini hari di pekan Cuevas de Almanzora itu menyebabkan dua atau tiga sekeluarga terperangkap.

Bagaimanapun, beliau tidak mempunyai butiran lain berhubung insiden itu.

Stesen radio Cadena Ser melaporkan tiga lagi mangsa lain sudah dapat diselamatkan.

Jerez berkata keadaan bukit-bukau yang menghadap pekan Cuevas de Almanzora itu bertanah liat yang lembut, di mana kebanyakan golongan miskin di situ membentuk gua untuk dijadikan tempat tinggal mereka.

Artikel Lain