suria

Gempa Bumi Kecil Landa San Francisco

SAN FRANCISCO: Gempa bumi kecil bermagnitud 3.9 melanda San Francisco, pada Jumaat, dan tiada laporan kerosakan diterima susulan kejadian itu.

Kejadian dicatatkan di kawasan Berkeley, selepas hampir 22 tahun kali terakhir ia melanda wilayah terbabit di Bay Area.

Jabatan Kaji Selidik Geologikal Amerika Syarikat (USGS), berkata gempa yang dirasai sekitar 3.2 kilometer itu dicatatkan pada jam 2.31 petang (waktu tempatan). - AP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain