suria

Tiga Penganut Buddha Ditembak mati Di Selatan Thailand

NARATHIWA: Sekumpulan lelaki bersenjata tidak dikenali menembak mati tiga penganut Buddha di sebuah stesen minyak di wilayah bergolak selatan Thailand, pada Sabtu.

Antara yang terkorban termasuk seorang lelaki berusia 75 tahun yang ditembak mati di bahagian kepala semasa mangsa sedang mengisi minyak motosikalnya.

Seorang lagi mangsa merupakan wanita yang ditembak di hadapan kedai runcit di stesen tersebut.

Bagaimanapun, tiada penangkapan dibuat setakat ini. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain