SINGAPURA: Agensi kerajaan di Singapura terus memberi respons proaktif terhadap kehendak perniagaan, demikian menurut kajian tahunan kelapan orientasi properusahaan agensi kawal selia yang disokong oleh Komuniti Tindakan untuk Keusahawanan (ACE).Purata indeks Properusahan (PEI) 26 agensi yang dikaji pada 2011 mencatatkan 74.8, petunjuk jelas supaya agensi-agensi kerajaan terus membantu dan bertindak lebih cepat. Menteri Perdagangan dan Industri dan Menteri yang bertanggungjawab bagi Keusahawanan, Teo Ser Luck, yang turut mempengerusikan ACE, berkata, "skor PEI yang sentiasa tinggi membuktikan usaha dan komitmen berterusan agensi-agensi kami dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk perniagaan."Dengan jangkaan perniagaan akan berkembang, agensi kawal selia mesti terus responsif dan memahami serta memenuhi kehendak perniagaan, termasuk meneliti bidang keutamaan yang perlu ditingkatkan," katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan dan Industri. Secara umumnya, responden berpuas hati terhadap platform permohonan dalam talian dan tindakan dan respons terhadap sebarang pertanyaan serta peraturan yang lebih jelas.Mereka juga mahu agensi kawal selia menyelaras dan menyelesaian isu yang melibatkan pelbagai agensi. - BERNAMA