MANILA: Sebuah mahkamah Filipina pada Khamis mengarahkan bekas presiden Gloria Arroyo dipindahkan dari sebuah hospital eksklusif kepada sebuah hospital yang ditadbir oleh pihak tentera sementara menanti untuk dibicarakan atas dakwaan penyelewengan undi sewaktu pemerintahannya.Hakim Mahkamah Wilayah di Pasay City memutuskan rawatan yang diperlukan oleh Arroyo, 64, boleh diperolehi di Pusat Perubatan Peringatan Veteran. Proses pemindahan itu mesti dilakukan lima hari dari sekarang.Arroyo, yang memerintah Filipina hampir sedekad kini membayar sehingga AS$1,100 sehari untuk menerima rawatan di hospital swasta sejak ditahan selepas pendakwaan ke atasnya dilakukan secara rasmi.Pengantinya, Benigno Aquino, telah berikrar akan mendakwa Arroyo di atas satu lagi kes salah guna kuasa.