LOS ANGELES: Masalah semakin meningkat di kalangan para pelakon rancangan realiti 'The Real Housewives of Beverly Hills' (RHoBH).Bintang RHoBH, Kim Richards dimasukkan ke pusat pemulihan untuk mendapatkan rawatan, beberapa sumber mengesahkan perkara itu kepada ET Online. Meskipun kurang jelas atas sebab apa Richards, 47, diberikan rawatan, bagaimanapun pengambilan alkohol oleh pelakon itu menjadi faktor kebimbangan utama. Sewaktu musim akhir 'Beverly Hills' Januari lalu, saudaranya, Kyle Richards, memarahi pelakon itu dan menuduhnya penagih alkohol.Baru-baru ini, menerusi episod yang disiarkan pada Oktober, pelakon bary, Brandi Glanville, menuduh Richards sebagai pemabuk, tuduhan yang dinafikan oleh Richards pada ketika itu.Pada musim kedua Real Housewives of Beverly Hills yang ditayangkan pada September, terjejas akibat tragedi apabila Russell Armstrong membunuh diri - sebulan selepas isterinya, Taylor Armstrong memfailkan penceraian.Jurucakap Richards tidak memberi respon pantas apabila diminta berbuat demikian oleh TheWarp. - REUTERS