suria

Mata Haiwan Prasejarah Ditemui

Lukisan yang diedarkan pada 27 November lalu oleh Universiti Adelaide menunjukkan gambaran artis terhadap Anomalocaris yang dianggarkan hidup 500 tahun dahulu. Foto AFP
Lukisan yang diedarkan pada 27 November lalu oleh Universiti Adelaide menunjukkan gambaran artis terhadap Anomalocaris yang dianggarkan hidup 500 tahun dahulu. Foto AFP
Lukisan yang diedarkan pada 27 November lalu oleh Universiti Adelaide menunjukkan gambaran artis terhadap Anomalocaris yang dianggarkan hidup 500 tahun dahulu. Foto AFP

SYDNEY: Saintis Australia pada Khamis, mengumumkan penemuan sepasang mata milik haiwan laut aneh prasejarah yang dianggarkan hidup 500 juta tahun dahulu.

Fosil berukuran tiga sentimeter dengan 16,000 kanta mata itu digelar anomalocaris dan ditemui di bahagian berbatu-batu Pulau Kangarro, Australia.

Anomalocaris boleh membesar sehingga mencapai satu meter panjang dan dianggap sebagai ‘jerung putih’ era Cambrian dan mendahului rantaian makanan laut purba, kata ketua penyelidik, John Paterson.

Lalat yang mempunyai 3,000 kanta dalam matanya, manakala pepatung mempunyai kira-kira 30,000 - satu-satunya makhluk yang diketahui mempunyai lebih kanta daripada anomalocaris.

Paterson berkata penemuan itu menunjukkan bahawa anomalocaris hidup dalam persekitaran yang terang, air yang jernih dan bersifat sofistikated dan berkemungkinan mencetuskan evolusi 'perlumbaan senjata' di kalangan haiwan lain.

Duri-duri, kelenjar racun dan mekanisme pertahanan yang lain mungkin digunakan oleh haiwan-haiwan lain yang cuba melarikan diri daripada dikesan oleh mata anomalocaris yang besar, yang menjulur dari sebelah kepalanya hingga ke hujung.

“Apabila anda melihat haiwan itu sendiri, ia seperti makhluk yang sangat aneh,” kata Paterson dari University of New England, kepada AFP.

Apabila spesimen asalnya terperangkap dalam lumpur dasar laut kira-kira 500 juta tahun yang lalu di Australia, ia ditolak dari dasar laut pada kelajuan yang sama dengan kadar pertumbuhan kuku manusia sebelum berakhir di Pulau Kangaroo - yang kini merupakan lubuk kepada artifak Cambrian.

Walaupun spesimen itu pernah ditemui sebelum ini di Kanada dan China, penemuan di Australia adalah yang pertama melibatkan mata yang tidak terjejas kerana keadaan unik batu syal -tempat fosil itu terperangkap- yang disifatkan seperti “oksigen sifar” di lumpur.

“Dalam lumpur yang tidak ada oksigen pada dasarnya membolehkan mikrob untuk mula memecahkan tisu lembut,” kata Paterson.

“Apa yang kita telah jumpa di syal Emu Bay di Pulau Kangaroo adalah lebih baik daripada yang boleh didapati daripada fosil konventional.” - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain