Gambar fail yang tidak bertarikh ini menunjukkan Booie semasa berada di pusat perlindungan haiwan. Foto APLOS ANGELES: Booie, cimpanzi yang terkenal kerana merokok dan bahasa isyarat yang digunakannya untuk meminta gula-gula mati di Pusat Perlindungan Haiwan California.Martine Collete dari pusat jagaan Wildlife WayStation berkata Booie dirawat kerana masalah jantung apabila ia mati pada Sabtu lalu di usia 44 tahun. Cimpanzi tersebut tinggal di pusat tersebut sejak tahun 1995 selepas ‘bersara’ daripada makmal penyelidikan.Collete memberitahu, beliau berjaya membuatkan Booie berhenti merokok, tetapi tidak dapat mengubati masalah ketagihan Booie terhadap makanan manis.Beliau menambah, Booie menggunakan kemahirannya untuk mengemis makanan manis dengan membuat isyarat seolah-olah ‘Booie nampak gula-gula di dalam poket.’Kematian Booie akan membawa kesan dari segi kewangan kepada pusat perlindungan tersebut kerana ia merupakan tarikan utama dalam mengumpulkan dana.Collete juga memberitahu, Booie mempunyai peminat dari serata dunia kerana pernah membuat penampilan di rancangan televisyen. - AP