LONDON: Roket Soyuz Russia berjaya memasuki orbit selepas cubaan melancarkannya ke ruang angkasa gagal lima hari lalu.Roket pengangkut Russia itu berjaya menempatkan enam satelit ke orbit untuk syarikat telefon satelit dan data Amerika Syarikat (AS), Globalstar. Soyuz dilancarkan dari Baikonur Cosmodrome, Kazakhstan, jam 5.09 petang (waktu tempatan).Ia menempatkkan enam satelit Globalstar yang terakhir sejam 40 minit kemudian.