suria

Bayi Hidup Selepas 12 Jam Di Rumah Mayat Argentina

BUENOS AIRES: Seorang wanita Argentina yang berkeras untuk melihat bayi pramatang yang dianggap tidak lagi bernyawa mendapati bayi masih hidup di dalam laci rumah mayat hospital.

Pihak berkuasa mengatakan gadis itu telah menghabiskan masa selama 12 jam di dalam bilik bersuhu sejuk di hospital Perrando de Resistencia di utara Argentina.

Analia Bouter memberitahu televisyen Todo Noticias bahawa berasa seperti halusinasi apabila dia melihat bayi itu di dalam laci rumah mayat dan mendengar rengekan dan melihat tanda-tanda bayi itu masih hidup.

Doktor berkata gadis itu kini berada dalam keadaan baik.

Bayi itu dilahirkan pada 3 April hanya selepas enam bulan kehamilan, dan hospital mengeluarkan sijil kematian menyatakan dia meninggal atas sebab-sebab yang tidak diketahui, kata Bouter.

Bouter berkata doktor telah memberitahunya bahawa "tiada siapa yang tahu bagaimana dia boleh hidup 12 jam di dalam bilik peti sejuk."

Timbalan Setiausaha Kesihatan daerah Chaco, Rafael Sabatinelli di mana letaknya hospital itu berkata pihak berkuasa sedang meneliti mereka yang terlibat dalam kejadian itu.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain