JAKARTA: Gempa sederhana berukuran 5.8 magnitud melanda Kepulauan Sulawesi, pagi Isnin tetapi belum ada laporan mengenai kerosakan atau kecederaan.Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, gempa berlaku jam 10.17 pagi waktu tempatan di kedalaman 10 kilometer di 169 kilometer di perairan utara Kendari. - AFP