AMMAN: Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) semalam melaporkan jumlah pelarian Syria yang mendapatkan perlindungan di Jordan kini hampir 12,500 orang pada bulan ini.Suruhanjaya Tinggi PBB Bagi Orang Pelarian (UNHCR) dalam laman webnya berkata, jumlah tersebut dijangka akan terus meningkat. "Kerajaan Jordan dan UNHCR percaya masih terdapat berpuluh-puluh ribu rakyat Syria yang terdedah kepada bahaya di negara bergolak itu," katanya. -AFP