LIMA, Peru: Saintis dan pihak berkuasa Peru sedang menyiasat kematian ratusan ikan lumba-lumba sepanjang pantai negara Amerika Selatan itu.Mereka mengkaji faktor yang menyebabkan kematian haiwan berkenaan termasuk virus dan kesan gegaran kerja mencari gali minyak yang dijalankan di utara Peru. Timbalan Menteri Alam Sekitar, Gabriel Quijandria, berkata pihaknya mendapati 877 bangkai ikan lumba-lumba di perairan di wilayah Piura dan Lambayeque. Katanya, analisis ke atas organ dalaman haiwan berkenaan tidak menemui sebarang simptom sama yang ditemui pada ikan lumba-lumba yang terjejas akibat kesan gegaran cari gali minyak. - AP