BURABURI, (India): Penyelam tentera dan anggota penyelamat menemui 103 mayat dari sungai selepas sebuah feri terbalik ketika angin kuat dan hujan lebat di timur laut India, kata seorang pegawai pada Selasa.Majistret daerah Goalpara, Pritam Saikia berkata, sekurang-kurangnya 100 orang masih hilang pada Selasa selepas feri yang membawa kira-kira 350 penumpang pecah kepada dua bahagian pada lewat Isnin. Penyelam laut dalam dan tentera penyelamat bagi benca beroperasi sepanjang malam bagi membawa mayat dari dasar Sungai Brahmaputra di negeri Assam.Operasi menyelamat tertumpu di sekitar kampung kecil Buraburi berhampiran sempaian Indian dan Bangladesh.Angin kuat dan hujan lebat menghalang operasi menyelamat, kata Ketua Menteri di Assam, Tarun Gogoi.“Saya akan mengarahkan siasatan dijalankan berhubung punca nahas, tetapi sekarang keutamaan kami adalah mengesan mereka yang lain, dalam feri berkenaan,” kata Gogoi. - AP