VIENNA: Kerajaan Austria pada Khamis mengugut untuk memboikot kesemua perlawanan bola sepak Euro 2012 di Ukraine sebagai bantahan terhadap layanan buruk yang diberikan kepada bekas Perdana Menteri, Yulia Tymoshenko yang dipenjarakan.Menteri Luar Austria, Michael Spindelegger berkata, tiada pegawai kerajaan akan menghadiri perlawanan tersebut. Tindakan itu sekali gus menunjukkan sokongan mereka terhadap Tymoshenko, yang melancarkan mogok lapar.Katanya, langkah itu diambil selepas kerajaan Jerman yang turut memboikot perlawanan di Ukraine ekoran kebimbangan terhadap tahap kesihatan bekas Perdana Menteri Ukraine itu.Ukraine merupakan penganjur bersama dengan Poland pertandingan Euro 2012 yang akan bermula Jun depan.Sementara itu, berpuluh-puluh orang dilaporkan cedera dalam satu letupan di timur Ukraine yang disifatkan Presiden Viktor Yanukovych sebagai satu usaha untuk memboikot penganjuran perlawanan bola sepak berprestij dunia itu.Empat letupan menggegar tengah bandar Dnipropetrovsk tengah hari Khamis, menyebabkan 27 cedera termasuk sembilan kanak-kanak.