suria

Ahli Politik Veteran Lebanon, Tueni Meninggal Dunia

BEIRUT: Ahli politik veteran Lebanon, Ghassan Tueni meninggal dunia pada usia 86 tahun, awal pagi Jumaat.

Dikenali kerana memiliki tahap intelek yang tinggi dan elegan, Tueni memegang jawatan sebagai timbalan menteri seawal usia 25 tahun.

Beliau merupakan duta Lebanon ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di antara 1977 dan 1982 ketika kemuncak peperangan saudara di negara itu.

Kehidupan Tueni diwarnai dengan pelbagai kisah peribadi.

Isteri pertamanya, Nadia Hamade, seorang penyair terkenal di Lebanon meninggal dunia akibat kanser begitu juga dengan anak perempuannya.

Anak lelaki Tueni, Makram terbunuh dalam satu kemalangan kereta.

Pada Disember 2005, seorang lagi anak lelakinya, Gebran Tueni yang bertugas sebagai wartawan terbunuh dalam tunjuk perasaan anti kerajaan Syria.

Beberapa wartawan menjadi sasaran penunjuk perasaan ekoran pembunuhan bekas Perdana Menteri Lubnan, Rafiq Hariri.

Dilahirkan di Beirut, Tueni mengetuai akhbar Bahasa Arab, An-Nahar yang ditubuhkan oleh bapanya pada 1933.

Artikel Lain