suria

Wanita Cina Maut Makan Cendawan Toksik

SYDNEY: Seorang wanita yang melawat Australia dari China dilaporkan meninggal dunia selepas makan cendawan toksik Death Cap - kematian ketiga di selatan negara tahun ini.

Wanita itu, yang berumur lingkungan 50-an itu, meninggal dunia pada Jumaat di Austin Hospital, Melbourne, dua hari selepas dimasukkan ke situ kerana keracunan yang teruk kerana makan cendawan yang menyerupai cendawan Paddy Straw yang sangat popular di Asia.

Doktor di hospital itu berkata, wanita berketurunan Cina itu jatuh sakit selepas makan hidangan yang mengandungi cendawan yang dipetik di taman di tempatnya.

Dia adalah orang ketiga yang mati di Australia akibat makan cendawan Death Cap tahun ini, selepas seorang tukang masak Cina dan pekerjanya meninggal dunia pada Januari kerana termakan cendawan toksik.

Semua bahagian cendawan Death Cap adalah beracun dan membawa maut hanya dengan sekali makan.

Kira-kira separuh daripada mereka yang mati kerana makan cendawan ini kerana kegagalan organ untuk berfungsi.

Death Cap berasal dari Eropah, di mana ia tumbuh meluas, dan ia juga diperkenalkan di seluruh Amerika Utara dan Selatan, di Australia dan beberapa bahagian Afrika sebagai satu spesies yang ditemui.

Artikel Lain