NIAGA FALLS: Nik Wallenda telah menyeberangi wilayah Kanada dalam percubaannya untuk menjadi orang pertama berjalan di atas tali tegang pada ketinggian 1,800 kaki merentasi kabus tebal air terjun Niagara.Ahli dari generasi ketujuh 'Flying Wallendas' yang terkenal ini telah lama mengimpikan melakukan aksi berbahaya ini yang belum pernah dicuba sesiapa. Mereka yang berani seperti Wallenda pernah berjalan di atas dawai merentasi Sungai Niagara tetapi tidak setinggi itu dan tidak ada lagi yang mencubanya sejak 1896.Seramai 125,000 orang dianggarkan memenuhi bahagian Kanada dan 4,000 orang di sebelah Amerika menyaksikan aksi ngeri Wallenda, Jumaat malam.Saluran televisyen ABC menyiarkan aksi berjalan kakinya dan berkeras meminta Wallenda menggunakan tali tambatan yang dapat menahannya daripada jatuh dalam sungai.Wallenda berkata dia bersetuju kerana dia tidak sanggup kehilangan peluang dan memerlukan tajaan ABC untuk membantu mengimbangi sebahagian daripada $1.3 juta kos yang menyaksikan pertunjukan.