GENEVA: Krisis di Libya, Sudan, Somalia dan di beberapa tempat lain mempengaruhi seramai 800,000 orang untuk keluar dari negara mereka pada tahun lepas, mencatatkan jumlah yang tertinggi dalam tempoh 11 tahun, kata Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR).Laporan yang dikeluarkan oleh UNHCR pada Isnin berkata, ini termasuk mereka yang keluar dari tempat tinggal mereka tetapi bukan negara mereka, menjadikan jumlah baru bagi mereka yang berpindah dari satu-satu tempat pada 2011 adalah 4.3 juta orang. Bilangan pelarian baru yang merentasi sempadan itu merupakan yang tertinggi sejak ia mencecah 822,000 pada 2000.Bagaimanapun, jumlah mereka sama ada adalah pelarian, berpindah secara dalaman atau dalam proses bagi pencari suaka pada akhir tahun lepas menurun daripada 42.5 juta orang daripada 43.7 orang pada 2010.Punca 3.2 juta orang yang menjadi pelarian tetapi menetap di dalam negara mereka adalah di kalangan mereka yang dapat pulang kembali, juga bilangan tertinggi dalam tempoh lebih sedekad, kata UNHCR.Tetapi agensi itu berkata, perangkaan terbaru menunjukkan trend yang membimbangkan, termasuk perangkaan tinggi yang konsisten bagi golongan yang keluar dari tempat tinggal mereka sejak beberapa tahun.Jumlah itu melebihi 42 juta orang bagi setiap lima tahun lalu.UNHCR turut berkata, perangkaan bagi beberapa tahun kebelakangan ini menyifatkan mereka yang menjadi pelarian akan kekal sedemikian bagi tempoh yang panjang.Ia berkata, daripada 10.4 juta pelarian yang dilindungi oleh agensi, 7.1 juta telah dipindahkan, sekurang-kurangnya untuk lima tahun.UNHCR berkata, Afghanistan kekal sebagai jumlah pelarian yang paling tinggi di dunia, yang dianggarkan 2.7 juta orang.Ia diikuti oleh Iraq seramai 1.4 juta orang, Somalia (1.1 juta orang), Sudan (500,000 orang) dan Congo (491,000). - AP