ANKARA: Syria menembak jatuh pesawat pejuang Turki di Laut Mediterranean dan Ankara memberi amaran mereka akan mengambil tindakan tegas berhubung insiden itu.Tindakan itu dilihat mungkin membuka dimensi baru dalam penentangan terhadap Presiden Syria, Bashar al-Assad. Syria menyatakan pesawat Turki itu sedang terbang rendah dan dalam kawasan perairannya apabila ditembak.Perdana Menteri Turki, Tayyip Erdogan, berkata pihak tentera Turki dan Syria akan bekerjasama bagi mencari dua anak kapal pesawat F-4 itu."Turki akan menyatakan pendirian selepas insiden itu disiasat dan tindakan yang akan diambil," katanya.