suria

Aburizal Calon Golkar Pada Pilihan Raya Presiden Indonesia

Aburizal Bakrie
Aburizal Bakrie
Aburizal Bakrie

BOGOR: Taikun perlombongan Indonesia, Aburizal Bakrie mengesahkan tempatnya sebagai calon yang akan mengetuai Parti Golkar untuk bertanding dalam pilihan raya presiden pada 2014.

Aburizal, 65, akan mengetuai senarai pencalonan dan dijangka memberi saingan sengit kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono yang hanya mempunyai tempoh pemerintahan selama dua penggal sahaja lagi.

“Bersyukur atas kehendak Ilahi, atas kepercayaan untuk membangunkan Indonesia, doa dan sokongan daripada anda semua, saya dengan berbesar hati menerima pencalonan ini," katanya.

Pencalonan Aburizal sudah dijangka lebih awal berdasarkan kempen yang dijalankan olehnya di seluruh republik itu untuk memperkenalkan dirinya kepada pengundi dan menguji sendiri kekuatan kewangan dan partinya.

Aburizal menyasarkan untuk memenangi jawatan presiden dan satu pertiga kerusi di parlimen.

Artikel Berikut

Artikel Lain