PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU: Kira-kira setengah juta warga Sudan Selatan yang berada di Sudan berdepan risiko dipinggirkan kerana masalah tiada taraf kerakyatan akibat perbalahan di antara kedua-dua negara.Taraf kerakyatan adalah salah satu isu utama yang masih belum diselesaikan selepas Sudan Selatan memutuskan untuk berpisah dari Sudan pada 9 Julai tahun lalu. Sejak itu, kedua-dua negara hampir berperang antara satu sama lain. - AFP