suria

Rakyat Libya Keluar Mengundi Sabtu Ini

TRIPOLI: Rakyat Libya akan keluar mengundi Sabtu ini bagi memilih anggota perhimpunan, badan pertama yang dipilih sejak penyingkiran diktator Muammar Gaddafi bagi ditugaskan membawa negara itu melalui proses peralihan yang kritikal.

"Semua soalan asas perlu diputuskan kumpulan ini yang dianggotai 200 orang," kata Pengarang Urusan akhbar Libya Herald, Sami Zaptia. "Ia adalah sangat penting. Anda tidak menulis perlembagaan setiap hari," katanya.

Proses undi akan memilih Kongres Kebangsaan Am yang kemudiannya akan melantik kerajaan sementara dan merangka perlembagaan baru bagi negara yang kaya dengan sumber minyak itu.

Sebaik perhimpunan itu memulakan sesi persidangan, Majlis Peralihan Kebangsaan (NTC) yang memerintah Libya selepas penyingkiran Gaddafi tahun lalu perlu meletak jawatan. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain