MEXICO CITY: Sekurang-kurangnya 67 wartawan terbunuh dan 14 lagi hilang di negara ini sejak 2006, kata pendakwa raya khas memerangi jenayah terhadap wartawan.Pendakwa raya jenayah terhadap kebebasan bersuara, Laura Angelina Borbolla berkata, beliau sedar hanya kes membabitkan pembunuhan terhadap wartawan boleh dihukum. Borbolla memberi keterangan pada perbicaraan ahli kongres hari ini bahawa jabatannya mengenal pasti 74 suspek dalam pembunuhan terhadap wartawan tetapi tidak menyatakan jika ada yang sudah ditahan. - AP