suria

Halle Berry Dibawa Ke Hospital Selepas Cedera Di Set Penggambaran

Halley Berry. Foto AP
Halley Berry. Foto AP
Halley Berry. Foto AP

LOS ANGELES: Halle Berry mengalami cedera ringan di kepala ketika penggambaran sebuah filem dan dirawat di hospital Los Angeles dan dibenarkan keluar selepas itu.

Pegawai seranta Berry di Los Angeles, Meredith O’ Sullivan berkata, pelakon berusia 45 tahun itu cedera pada malam Selasa di set penggambaran bagi filem terbarunya “The Hive”.

Berry dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga dan dibenarkan pulang sejurus selepas itu.

Laman portal selebriti x17online.com dan TMZ.com merupakan yang pertama melaporkan berita tersebut. - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain