suria

Turki Laksana Operasi Banteras Seludup Dadah Oleh Puak Kurdis

ANKARA, Turki: Pihak berkuasa Turki berkata, seramai 1,700 tentera dan polis telah mengambil bahagian dalam operasi penguatkuasaan secara besar-besaran terhaap aktiviti penyeludupan dadah yang dilakukan oleh puak pemberontak Kurdis di tenggara negara itu.

Gabenor bagi wilayah Diyarbakir di tenggara negara itu, Mustafa Toprak berkata, operasi dilancarkan pada awal Rabu di satu kawasan yang didakwa menjadi markas kepada beberapa makmal dadah sementara.

Tahun lalu, Amerika Syarikat (AS) memberi tamparan terhadap sekatan ke atas beberapa pemimpin kumpulan itu, iaitu Parti Pekerja Kudistan atau PKK yang berjuang demi pemerintahan di tenggara Turki yang didominasi oleh puak Kurdis.

Jabatan Perbendaharaan mendakwa kumpulan itu mengukuhkan rangkaian penyeludupan dadahnya merentasi Eropah bagi membiayai kumpulan itu yang disifatkan sebagai organisasi pengganas oleh AS dan Kesatuan Eropah (EU). - AP

Artikel Berikut

Artikel Lain