BEIRUT: Lebih 19,000 warga Syria yang kebanyakannya dari ibu negara, Damsyik yang melarikan diri daripada kekacauan yang semakin memuncak dan menyeberangi sempadan ke Lubnan sejak semalam, demikian menurut sumber."Lebih 18,600 penduduk Syria tiba sejak semalam menerusi sempadan timur Masnaa dan kebanyakan mereka dari Damsyik dan wilayah sekitarnya," kata sumber berkenaan. Sebelum ini, Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Pelarian berkata, setakat ini 26,900 pelarian Syria sudah mendaftar di Lubnan. AFP