KAHERAH: Presiden Mesir, Mohamed Morsi mengarahkan pembebasan 572 tahanan tentera, lapor agensi berita MENA.Morsi, yang dipilih sebagai Presiden pertama selepas proses pilihan raya umum bulan lalu mengeluarkan perintah pembebasan itu selepas mereka dihukum mahkamah tentera. Morsi juga mengarahkan satu jawatan kuasa untuk mengkaji semula semua kes terhadap orang awam yang dibicarakan oleh mahkamah tentera sebelum ini.Semua 11,879 warga Mesir ditahan oleh tentera sejak pemberontakan bagi menjatuhkan pemerintahan bekas Presiden Hosni Mubarak, tahun lalu dengan 9,714 sudah dibebaskan setakat ini. AFP