suria

Ahli Kaji Purba Perancis Temui Bot Firaun Berusia 5,000 Tahun

KAHERAH: Ahli Kaji Purba Perancis telah menemui bot milik Firaun berusia 5,000 tahun dalam keadaan yang masih baik dan sempurna dalam satu ekspedisi di Abu Rawash, barat bandar ini.

Menteri Antikuiti Mesir, Mohammed Ibrahim telah mengesahkan penemuan itu.

Katanya, bot berkenaan boleh dikaitkan dengan era Firaun Den, salah seorang pemerintah dalam dinasti awal raja-raja Mesir.

Bot sepanjang enam meter (19.6 kaki) itu dan berlebar 1.5 meter masih berada dalam keadaan baik dan tidak rosak.

Para Firaun percaya, bot solar seumpama itu akan menjadi kenderaan mereka di alam selepas mati.

Pada tahun 1954, sekumpulan ahli kaji purba Mesir telah menemui bot milik Firaun Khufu iaitu salah seorang firaun yang paling popular di dalam salah sebuah piramid di Giza.

Bot sepanjang 43 meter itu diperbuat daripada kayu cedar berusia 4,500 tahun.

Ia kini dipamerkan di dalam muzium berhampiran piramid tersebut.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain