Pemimpin utama Korea Utara, Kim Jong-Un disahkan berkahwin dan media rasmi negara itu menamakan wanita itu sebagai Ri Sol-Ju.SEOUL: Media rasmi Korea Utara pada Rabu mengesahkan pemimpin utama negara itu, Kim Jong-Un telah berkahwin dan menamakan isterinya sebagai Ri Sol-Ju.Pengumuman itu menamatkan spekulasi sejak beberapa minggu lalu berhubung identiti wanita muda yang dilihat mengiringi pemimpin itu ke beberapa acara rasmi bulan ini. Stesyen televisyen rasmi sebelum ini melaporkan bahawa Kim dan Ri menghadiri majlis pelancaran taman hiburan Pyongyang.Agensi berita rasmi juga melaporkan bahawa Kim dan isterinya menghadiri acara tersebut dan diberi sambutan meriah.Kim yang dipercayai berumur lewat 20an mengambil alih pemerintahan negara itu selepas bapanya, Kim Jong-il meninggal dunia pada Disember tahun lalu.Bagaimanapun maklumat peribadi berhubung latar belakang isterinya itu tidak didedahkan.Wanita berambut pendek itu pertama kali muncul di khalayak bersama Kim ketika menghadiri sebuah konsert di Pyongyang pada 5 Julai lalu.Beliau juga dilihat berjalan bersebelahan dengan Kim pada 8 Julai lalu ketika menziarah makam datuknya, Kim Il-Sung. AFP