SEOUL: Beribu-ribu rakyat Korea Utara masih mengagung-agungkan bekas pemimpin ulung mereka iaitu Kim Il-Sung, anaknya Kim Jong-Il dan cucunya Kim Jong-Un yang kini memerintah sebagai pemimpin utama mereka.Dan pada Jumaat, para veteran perang saudara Korea Utara-Selatan telah meraikan ulang tahun peperangan tersebut dengan menyertai perhimpunan di stadium dan jalanan untuk mengenang anggota tentera yang telah terkorban. Korea Utara menyifatkan perang saudara yang meletus dari tahun 1950-53 itu sebagai satu kemenangan walaupun ia berakhir tanpa mana-mana pihak mencapai objektifnya.Di Pyongyang, perhimpunan di dalam stadium menarik kehadiran lebih 3,000 veteran perang."Kita bukan sahaja mesti terus mempertahankan tanahair kita tetapi juga pemimpin kita Kim Jong-Un dan mempertahankannya dengan darah dan nyawa kita," kata Naib Marsyal Choe Ryong-Hae di dalam ucapannya.Di merata-rata tempat di seluruh pelusuk Korea Utara, askar, pekerja, pelajar dan orang kebanyakkan mengabadikan jambakan bunga di Memorial Kim Il-Sung iaitu bekas pemimpin agung yang meninggal dunia pada tahun 1994 dan kemudian digantikan oleh anaknya, Kim Jong-Il yang meninggal dunia Disember tahun lalu.Generasi ketiga Kim iaitu Kim Jong-Un kini memerintah Korea Utara.Konflik Korea Utara dan Selatan bermula apabila tentera utara menceroboh ke wilayah selatan pada tahun 1950 dan hanya berakhir pada 17 Julai 1953 dengan genjatan senjata.Bagaimanapun genjatan senjata itu tidak disusuli dengan perjanjian damai yang sehingga kini secara teknikalnya masih meletakkan kedua-dua buah negara itu dalam suasana berperang.Perang saudara itu telah mengorbankan tiga juta askar dan juga orang awam.