NAIROBI: Sekurang-kurangnya 32 orang terbunuh di kawasan pergolakan etnik pada Isnin di tenggara Kenya, kata pegawai Palang Merah.“Saya mendapati sekurang-kurang 32 orang mati, antara mereka adalah tujuh pegawai polis,” kata Caleb Kilande, seorang pegawai Palang Merah yang berada di tempat kejadian, kepada AFP. Pergolakan meletus pada Isnin di kampung Kilelengwani di tenggara Kenya, di sebuah kawasan yang sering berlaku dengan pergaduhan sejak beberapa minggu.“Tekanan begitu tinggi di kawasan ini, tetapi pergaduhan telah berhenti,” kata Kilande pada tengah hari.Terdahulu, Palang Merah itu berkata, kampung berkenaan diserang oleh lebih 300 orang dan beberapa rumah dibakar.“Malah mayat-mayat tidak dibawa daripada tempat kejadian... kerana situasi semakin berbahaya, perlu lakukan sesuatu dengan segera,” kata ketua Palang Merah Kenya, Abbas Gullet dalam satu kenyataan. - AFP