suria

Feri Karam: 1 Maut, 22 Hilang di Kalimantan Timur

JAKARTA: Sekurang-kurangnya seorang maut manakala 22 lagi hilang apabila sebuah feri yang membawa 97 penumpang karam di wilayah Kalimantan Timur, Indonesia, kata pegawai agensi penyelamat tempatan pada Jumaat.

Pegawai dari agensi menyelamat dan mencari, Chaka Ari Sanyono, berkata KM Surya Indah tenggelam di sungai Nibong lewat malam Khamis.

"Seorang terbunuh dan 22 lagi masih hilang, manakala 74 penumpang berjaya diselamatkan," katanya, sambil menambah bahawa unit tentera dan polis tempatan turut membantu dalam usaha menyelamat.

Feri berkenaan dalam perjalanan dari bandar Samarinda di Kalimantan Timur dan dijadual berlabuh di pelabuhan Melak di bahagian barat pulau. - AFP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain