suria

132 Banduan Lari dari Penjara Mexico

TORREON (Mexico): Sekurang-kurangnya 132 banduan melarikan diri dari penjara Mexico berhampiran sempadan Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, melalui terowong yang digali mereka di bengkel pertukangan lama, kata pejabat pendakwa negeri.

Pihak polis dan tentera Mexico dikerah ke lebuh raya berhampiran kemudahan tahanan di Piedras Negras, sebuah bandar yang bersempadan dengan Eagle Pass, Texas dalam gerakan mencari semua banduan yang terlepas.

Pihak berkuasa AS sudah diberitahu mengenai insiden itu bagi membolehkan mereka mengambil langkah berjaga-jaga, demikian menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat peguam negeri Coahuila.

Sementara itu, pengarah penjara, ketua keselamatan dan pengawal yang bertugas dipersoalkan terhadap kejadian itu dan pihak berkuasa sudah meminta hakim mengeluarkan perintah tahanan terhadap mereka.

Terowong yang digunakan banduan terbabit berkeluasan 2.9 meter (m) dalam, 1.2m lebar dan 7.0m panjang, dan lubang keluar di menara utara penjara, kata kenyataan itu. - AFP

Artikel Lain