KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.1 pada skala Richter melanda barat daya Sumatera, Indonesia pada jam 11.23 Selasa, demikian menurut Jabatan Meteorologi Malaysia.Gempa itu berpusat kira-kira 249 kilometer (km) selatan barat Bandar Lampung, Indonesia dan 901km selatan Pontian, Johor. Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak mendatangkan sebarang ancaman tsunami, kata jabatan itu dalam satu kenyataan. - BERNAMA